Gunakan  tanpa “

Sekiranya anda suka  memperdaya kawan-kawan anda atau ahli-ahli keluarga,bawa mereka kepada satu komputer dan memperkenalkan mereka kepada http://www.peteranswers.com/. Bagitau mereka yang Peter adalah psikik dan dapat menjawab semua soalan. Suruh mereka memilih satu soalan dan taip, dan Peter akan mengagumkan semua orang di dalam bilik. tetapi hanya anda sendiri yang mengetahui kunci kepada kejayaan Peter.

1. Layari http://www.peteranswers.com/ disana ada 2 input box iaitu: “Insert Petition” dan “Insert Question.”

2 .Tanya mereka satu soalan. Jika ia merupakan satu soalan yang anda tahu jawapan,teruskan langkkah berikut.Jika ia merupakan satu soalan yang anda tidak tahu jawapan, anda boleh meminta mereka jawapan itu, Jika anda tidak tahu jawapan, anda hanya taip “Peter, please answer:” dan Peter akan menjawab dengan satu pernyataan yang sangat generik seperti “You shall not doubt of me at all, keep trusting on me and soon I’ll answer.“.Cakap kepada mereka peter mungkin tgh kepenatan atau tiada mood untuk menjawab soalan :)

3.Masukkan teks kepada kotak petisyen. Arahannya adalah “Peter, please answer the following question:” ATAU“Peter, please answer:” dalam kotak petisyen. Apa yang penonton anda tidak tahu adalah anda yang sebenarnya memberitahu Peter jawapan…

  • Pastikan titik bertindih “:” pada akhir ayat di petisyen itu. Ini adalah penting kerana tanpa ia,anda tidak akan dapat menulis soalan di kotak soalan. Sebaik sahaja anda menaip frasa dan memasukkan 2titik bertindih “:”, kursor anda bergerak secara automatik kotak untuk soalan.
  • Daripada menaip “Peter, please answer the following question:” ATAU “Peter, please answer:” mulakan petisyen dengan “.” diikuti dgn jawapan kepada soalan yang ingin ditanya dan pastikan diakhiri dengan “.” juga.Contoh :Type “.arsenal.” dan perhatikan dikotak petisyen automatik menjadi “Peter, pl” walaupun anda tidak menaip sebegitu.Jadi hanya perlu sambungkan “Peter, pl” dengan menaip seperti biasa menjadi “Peter, please answer:” atau “Peter, please answer the following question:”

4. Selepas anda menaip sehingga “:” di kotak petisyen, automatik kursor akan turun ke kotak soalan dan anda hanya perlu taipkan apa2 soalan yg berkaitan dengan arsenal contohnya “Which footbal  team kurt likes?”..dan terus tekan button dan jawpan yang akan keluar ialah “arsenal” . hahaha.pasti kawan anda akan terkesima.

p/s:Skema btui aku.Mesti hangpa suma x paham.haha..Tp bahaya gak site ni,kadang2 leh wat org tergugat iman klu dia percaya betul2..huh

Dipetik dr Sini selepas terkena ngn membe2..